mcmc
Pendidikan

Pendidikan

DSCN0063 640x480

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SAGIL

 

 

Sekolah Menengah Kebangsaan Sagil atau dikenali sebagai SMK Sagil terletak di KM 43 Jalan Segamat, Sagil, Tangkak, Johor Darul Ta’zim. Tuan. Hj Razak bin Johar merupakan Pengetua SMK Sagil dibantu Tuan. Hj Bahari bin Yusof sebagai Guru Penolong Kanan. Pelajar SMK Sagil terdiri daripada pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 5. SMK Sagil juaga menyediakan kemudahan asrama kepada pelajar yang tinggal berjauhan dengan sekoah.

 

INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN (ILP) TANGKAK

DSCN0066 640x480

 

Pada tahun 1998, sejarah bermulanya pembinaan ILP Ledang sebagai Institut latihan teknikal dibawah Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia di atas tanah seluas 50 ekar berhampiran Pekan Sagil. Dibangunkan dibawah Rancangan Malaysia Ke-7, ILP Ledang yang ditubuhkan untuk melatih kemahiran teknikal secara formal bagi lepasan sekolah dan pekerja industri yang telah memulakan operasi dengan rasminya pada 13 Oktober 2000 dengan pengambilan pelatih yang pertama telah dilaksanakan pada 8 Januari 2001. Kos perbelanjaan keseluruhan termasuk bangunan dan peralatan ialah RM170 juta.

Majlis perasmian ILP Ledang telah dilakukan secara serentak melalui persidangan video (Video Conference oleh Timbalan Perdana Menteri pada masa itu iaitu Dato’ Sri Abdullah Ahmad Badawi di ADTEC Shah Alam dan disempurnakan di ILP Ledang oleh Menteri Besar Johor, Dato’ Hj Abdul Ghani Othman pada 11 Januari 2003.

Pihak pengurusan pada masa itu diketuai oleh seorang Pengarah iaitu Pn Rosnah binti Muhammad Tahir. Kakitangan yang terlibat pada masa itu seramai 70 orang iaitu terdiri dari 60 orang pensyarah dan 10 orang kakitangan pentadbiran. Kapasiti pelajar seramai 600 orang pada satu masa iaitu 400 orang lelaki dan 200 orang perempuan.

Pada tahun 2004, Pengurusan pentadbiran telah diterajui oleh Tuan Hj Zainuddin Bin Hj Ahmad. Beliau telah menerajui ILP Ledang sehingga Oktober 2009. Kakitangan telah bertambah kepada 97 orang. Pada Oktober 2009, En Adnan Bin Ismail pula telah dilantik menjadi Pengarah ILP Ledang yang ketiga sehingga 16 Mac 2014.

Bermula 17 Mac 2014 ILP Ledang dikemudi pula oleh pengarah baru iaitu En Mohammad Musa Bin Ahmad sehingga kini dengan jumlah kakitangan seramai 100 orang.

Terdapat 8 Kursus yang dijalankan di ILP ini.

  1. Teknologi Pemesinan CNC
  2. Teknologi Pembuatan Perkakasan
  3. Teknologi Kimpalan Arka dan Gas
  4. Teknologi Fabrikasi Logam
  5. Teknologi Rekabentuk Produk Industri
  6. Teknologi Mekatronik
  7. Teknologi Plastik
  8. Teknologi Komputer (Rangkaian)