PENGENALAN
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) merupakan projek Kerajaan Dibawah Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) yang dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM Bhd) di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS). Tujuan utama penubuhan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) untuk memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar Bandar dan menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan internet.
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Pekan Sagil terletak di Kompleks Penghulu Mukim Tangkak, Sagil. Terletak 10 kilometer dari bandar Tangkak, Johor Darul Ta’zim. Pusat Ekonomi Digital Pekan Sagil mempunyai 20 buah komputer. Kami mempunyai 2 orang petugas yang bertugas di sini, iaitu En. Muhammad Edham Bin Nasir sebagai Pengurus dan Siti Surayah Binti Sarbani sebagai penolong Pengurus. Untuk pengetahuan orang ramai, buat masa sekarang Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Pekan Sagil sudah beroperasi dan sedia menyediakan perkhidmatan untuk komuniti disini.
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Pekan Sagil menawarkan latihan ICT (Information and Communication Technology) secara percuma kepada semua yang berdaftar sebagai ahli. Selain itu, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) juga menyediakan perkhidmatan internet jalur lebar, printing, scanning, fotostat, laminate, binding dan zon internet tanpa wayar. Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) turut menawarkan latihan seperti pengenalan asas komputer, asas internet, aplikasi elektronik (e-kerajaan, e-dagang,e-pembelajaran) dan sebagainya.
Objektif Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)
Antara objektif Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) adalah seperti berikut:
-
-
Kemudahan akses internet secara kolektif
-
Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
-
Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
-
Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
-
Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
-
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
– Capaian internet jalur lebar berkelajuan tinggi
– Perkhidmatan Wi-Fi bagi capaian penduduk sekitar
– Kemudahan IT terkini seperti 20 buah komputer dan perisian
– Perkhidmatan pencetak
– Laminate
– Binding
– Program latihan ICT dan pembangunan modal insan
– Aktiviti berkaitan yang akan diuruskan oleh Pengurus dan Penolong Pengurus