mcmc
Produk Tempatan

ACAR IKAN MASIN DAPURCIKIN

ume

  198759333 4218268851595294 7893043919489122392 n

 

ACAR IKAN MASIN DAPURCIKIN diusahakan oleh Ume Norashikien Binti M.Azhar berumur 27 tahun berasal dari kampung Sagil Tangkak

beliau mempelajari resepi membuat acar daripada youtube dan cuba menjualnya secara mengisi masa lapang semasa MCO baru-baru ini. sehingga kini acar jualannya tidak henti mendapat permintaan yang tinggi dan jualannya mencapai target sasaran yang beliau sendiri tidak terduga. Kini,keluarga beliau juga turut mempromosikan perniagaan beliau. baru-baru ini beliau menyertai pertandingan ushawan online di PEDi Pekan Sagil serta menghadiri beberapa kelas usahawan online mencipta laman sosial,mencipta akaun lazada dan shopee.

Beliau juga telah memenangi 2 pertandingan usahawan yang dianjurkan oleh PEDi Pekan Sagil serta memenangi wang tunai sejumlah RM2500 sebagai tempat pertama. Cik Asikien tidak mempunyai kedai,beliau hanya menjual secara online menggunakan pelbagai platfom media sosial seperti shopee,facebook,instagram dan tiktok bagi menarik lebih ramai lagi pelanggan.