Celik IT – Pusat Internet Pekan Sagil
Nama | : MOHD RADZI BIN MUSTAFA |
Umur | : 18 tahun |
Ahli | : 2019 |
Latar belakang
Adik Radzi berumur 18 tahun pernah berkerja sambilan menolong ibunya di kedai makan sementara menunggu panggilan untuk menyambung pelajarannya. Ibu adik Radzi memberi galakkan untuk mempelajari komputer dalam masa yang sama memudahkan adik Radzi membuat perakaunan untung rugi untuk ibunya.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum ini, Adik Radzi mempunyai kemahiran asas menggunakan komputer beliau juga digalakkan menggunakan kemudahan menaip kerja sekolah dengan menggunakan kemudahan pusat internet semasa beliau masih bersekolah.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Walaupun rakan-rakannya ada yang telah menyambung pelajaran terlebih dahulu,Adik Radzi tidak ketinggalan menuntut ilmu perkompteran di pusat internet bagi memahirkan lagi kemahiran yang sedia ada. Kini adik Radzi sudah mahir menggunakan excel dengan lebih teliti.